p
Filem ini mengisah’kan 2 orang gadis pisau cukur, Bella & Intan bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui “PISAU CUKUR” di pawagam 2009
Bernard Chauly menjelaskan bagaimana tercetusnya idea filem PISAU CUKUR “Lina Tan (Penerbit Eksekutif), Rafidah Abdullah (Penulis) dan saya (Pengarah) memang serasi bekerjasama. Lagipun kami bertiga telah menghasilkan Gol & Gincu dan juga projek yang lain bersama sebelum ini. Rafidah mendapat satu idea untuk menulis sebuah cerita yang berlaku di atas kapal pelayaran dan satu lagi idea cerita mengenai gadis pisau cukur. Lina pula menggabungkan kedua-dua idea ini dan terhasillah filem yang merangsang dan menyeronokkan, PISAU CUKUR!”
Penerbit Eksekutif dan Pengurus Besar Grand Brilliance, Encik Ahmad Puad Onah berharap penonton akan menyaksikan filem ini di pawagam kerana ia mempunyai daya tarikan umum dan sesuai untuk semua golongan. “Pisau Cukur ditujukan kepada semua golongan penonton dan saya pasti yang semua akan terhibur dengan gabungan pelakon yang hebat”.
Tayangan PISAU CUKUR di pawagam ditaja oleh SCHICK dan dibawa bersama Nescafe and L’Oreal Paris.
Tayangan PISAU CUKUR di pawagam ditaja oleh SCHICK dan dibawa bersama Nescafe and L’Oreal Paris.

0 comments:
Post a Comment